Essay on Maqasid Syariah

1048 Words Apr 13th, 2014 5 Pages
Aplikasi Maqasid Syariah dalam Hubungan Etnik

Maqasid berasal daripada perkataan “maqsud” atau “maqsad” yang membawa erti kehendak, matlamat atau tujuan. Maka, Maqasid Al-Syariah bermaksud tujuan, natijah atau maksud yang dikehendaki oleh syarak melalui sumber dalilnya menerusi Al-Quran dan Al-Sunnah.
Maqasid syariah terdiri daripada dua perkataan iaitu ”maqasid” dan ”syari’ah”. Kedua-duanya mempunyai pengertian yang berlainan jika ia didefinisikan secara berasingan. Namun sebagai satu perkataan ”maqasid al Shari’ah” dalam hubungan etnik didefinisikan sebagai berikut: Al-Ghazali mengatakan Maqasid syariah sebagai objektif dalam kehidupan manusia meliputi lima perkara iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta benda. Oleh
…show more content…
Hal ini bermakna, umat Islam wajib berpegang kepada faham ekslusif di mana melihat Islam hanya satu-satunya agama yang benar dan bukan inklusif di mana berpendapat semua agama adalah sama demi menjaga kesucian dan ketinggian agama Islam di Negara ini. Dengan itu, fahaman pluralisme agama yang cuba diketengahkan oleh sesetengah pihak adalah bertentangan dengan kehendak maqasid syariah. Toleransi yang dibenarkan oleh Islam ialah hak anutan dan amalan kepercayaan agama selain Islam dibenarkan dalam konteks penganut agama itu sendiri. Mengikut Perlembagaan dan Enakmen Undang-undang Islam, penganut agama lain tidak boleh menyebarkan pegangan mereka kepada penganut agama Islam (Perkara 11 (4), Perlembagaan Persekutuan). Umat Islam wajib menyakini bahawa tidak ada agama selain Islam yang diakui benar, melainkan hanya Islam itu satu-satu agama yang hak, tinggi dan akui sah oleh Allah. Adalah menepati maqasid syariah, apabila umat Islam melakukan apa saja tindakan bagi memastikan ketinggian dan kesucian Islam sentiasa terpelihara dan tidak membiarkan mana-mana anasir mengganggu kedudukan tersebut. Manakala penganut agama lain mestilah menghormati kedudukan yang telah diberi oleh Perlembagaan dan tidak mencabar kedudukan tersebut kerana sebarang cubaan untuk merungkai kedudukan itu akan membawa kepada konflik antara agama dan etnik.
Dari aspek mengawal nyawa pula ialah dengan memastikan Islam sebagai agama keselamatan,

Related Documents